2024-11-18 HaiPress

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Adnan Zaylani / FOTO BERNAMA
KUCHING,17 November- Kos kehidupan yang semakin meningkat dan tahap pendapatan yang rendah serta tidak menentu antara faktor yang mempengaruhi perilaku kewangan.
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Adnan Zaylani berkata,pengetahuan kewangan rakyat kepada perubahan tingkah laku kewangan harus ditingkatkan bagi meningkatkan ekonomi individu dan isi rumah,seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Pun begitu,jelasnya tahap pengetahuan kewangan rakyat negara ini telah meningkat dengan ketara sejak 2016 dan menghampiri tahap negara maju.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penutup Karnival Celik Kewangan Sarawak Vivacity Megamall,Kuching petang tadi.
Katanya,Karnival Celik Kewangan Sarawak merupakan kemuncak kepada Bulan Literasi Kewangan 2024 yang telah berlangsung sepanjang bulan Oktober dan November ini bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kewangan dalam kalangan rakyat.
Lebih 20,000 pengunjung dan 40 pempamer,terdiri daripada jabatan kerajaan dan institusi serta penyedia perkhidmatan berkaitan kewangan yang hadir ke karnival tersebut.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur