2024-11-19 HaiPress

Datuk Seri Amirudin Shari
SHAH ALAM,18 November- Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) yang pertama kali dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor merupakan platform dalam memperkasa agenda pendidikan dan penyediaan modal insan berkemahiran.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata penganjuran selaras hasrat kerajaan negeri itu akan diadakan pada 27 November hingga 1 Disember depan dan dijangka dihadiri lebih 150,000 pengunjung.
"Sekarang ini kita rangkumkan menjadi satu dan di pavilion Selangor itu akan ditonjolkan kesemua aset-aset serta kemudahan ataupun program,projek penyelidikan yang dikelolakan oleh pihak kerajaan negeri Selangor.Sama ada program sekecil Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) iaitu yuran asas RM200 hingga RM300 hingga BITARA yang nilainya jutaan ringgit.
"...dan juga program pembangunan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) yang mempunyai nilai yang sangat tinggi sehingga mampu meningkatkan pendapatan kepada peserta di antara 30 hingga 40 peratus selepas mengikuti program latihan bawah STDC dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) di sini.
SES menampilkan empat program utama iaitu Pameran Buku Antarabangsa Selangor (SIBF),Ekspo Pembangunan Kajian dan Inovasi (SRIE),Selangor Advance Skills (SAS),dan Karnival Pendidikan STEM Selangor.
Ia bertemakan 'Di mana inovasi dan pendidikan bergabung,dan eksplorasi menuju transformasi',SES membuktikan komitmen Selangor dalam memperkasa inovasi dan pendidikan ke arah pembangunan transformasi lebih baik.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur