2024-11-19 HaiPress

Foto BERNAMA
MELAKA,18 November - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) komited melahirkan 200,000 pakar bidang kecerdasan buatan (AI) dan 100,000 pakar keselamatan siber menjelang 2030 menerusi penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX).
Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin berkata gerak kerja penubuhan FAIX bermula tahun ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya mulai awal tahun depan.
Beliau berkata FAIX akan mula menerima pelajar baharu bagi kemasukan tahun 2025/2026,dan pengambilan dijadualkan Oktober 2025.
“UTeM mempelopori penubuhan FAIX dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan akan terus proaktif serta bergerak ke hadapan,sekali gus menyahut seruan negara dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam merealisasi dan memperluas penawaran program AI dan keselamatan siber.
“Usaha ini selari dengan matlamat mengukuhkan bidang tujahan UTeM dalam bidang Pembuatan Termaju dan Teknologi Pengkomputeran melalui integrasi AI dan keselamatan siber selaras dengan visi Malaysia sebagai pemimpin teknologi serantau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Massila berkata FAIX berfungsi sebagai pusat kecemerlangan (CoE) bagi penyelidikan AI dan keselamatan siber di UTeM menerusi integrasi penyelidikan bersepadu untuk membantu menyelesaikan cabaran semasa industri.
Beliau berkata kurikulum dan silibus program berkenaan dirangka dengan teliti bersama input daripada pakar industri bagi memastikan ia mencapai kerelevanan dan standard tinggi,sekali gus mampu melahirkan graduan berkelulusan AI dan keselamatan siber yang kompeten serta diperlukan pasaran kerja global.- Bernama
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur