2024-11-19 HaiPress

Foto FB MINDEF
SUBANG,18 November- Kumpulan keempat kontinjen Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 berlepas hari ini,dari Pangkalan Udara Subang bagi misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
Kontinjen yang diketuai oleh Timbalan Komander,Leftenan Kolonel Firdaus Shah Budin terdiri daripada tujuh pegawai dan 202 anggota lain-lain pangkat.
Majlis penghantaran yang berlangsung di Hangar 16 Skuadron itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari.
Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan berkata penghantaran kontinjen itu adalah bagi penugasan misi UNIFIL susulan pasukan MALBATT 850-11 yang tamat menjalankan tugas di Lubnan.
Pertukaran itu juga selaras dengan ketetapan Force Commander Pasukan UNIFIL yang turut membabitkan semua negara yang menyertai misi tersebut dengan mengambil kira semua faktor dan situasi semasa.
Pergerakan MALBATT 850-12 dilaksanakan secara berperingkat sejak 6 November lepas dengan kekuatan keseluruhan seramai 854 anggota termasuk 30 daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur