2024-11-19 HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
RIO DE JANEIRO,19 November- Malaysia mengusulkan reformasi menyeluruh dalam tadbir urus global dengan penekanan terhadap peningkatan perwakilan dan penghapusan kuasa veto bagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sistem semasa tidak mencukupi untuk menangani cabaran dunia yang berubah dengan pesat.
"Reformasi dalam PBB mesti berasaskan prinsip perwakilan termasuk melibatkan wakil demokratik yang mencukupi dari negara-negara Amerika Latin dan Afrika,yang selama ini sering diketepikan. Ini adalah ketidakadilan yang perlu diperbetulkan," katanya ketika menyampaikan pendirian Malaysia pada sesi Reformasi Institusi Tadbir Urus Global di Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di sini.
Malaysia turut mencadangkan langkah untuk meningkatkan ketelusan dan memperkasakan fungsi penyelesaian pertikaian badan antarabangsa itu,termasuk memastikan perdagangan global yang adil.
Perdana Menteri menyifatkan kuasa veto lima anggota tetap UNSC (P5) – China,Perancis,Rusia,United Kingdom dan Amerika Syarikat – sebagai penghalang kepada keputusan yang lebih berkesan dan sah.
Cadangan itu mencerminkan kesungguhan Malaysia dalam memperjuangkan reformasi institusi global demi keadilan dan keberkesanan tadbir urus antarabangsa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur