2024-11-19 HaiPress

Pelajar UPM bersama penasihat program serta pihak SMK Putrajaya Presint 9 (1)
SERDANG,19 November- Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Kelab Mahasiswa Kimia dari Fakulti Sains menganjurkan program We Protect We Survive (WPWS) 3.0 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9 (1) bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya mikroplastik.
Ketua program,Nur Faizatul Iqma Mohd Jupri menjelaskan bahawa mikroplastik merupakan zarah kecil plastik yang memberi ancaman besar kepada ekosistem dan kesihatan manusia.
"Plastik yang digunakan secara berpanjangan boleh menjadi asbab kepupusan flora dan fauna baik spesies daratan mahupun lautan kerana penggunaan plastik tanpa kawalan memberikan impak boleh membahayakan ekosistem serta merosakkan habitat haiwan.
"Haiwan yang terdedah kepada plastik serta sering memakannya secara tidak sengaja boleh menyebabkan kecederaan,keracunan atau kematian," katanya kepada RTM.
Sementara itu,penasihat program,Prof. Madya ChM. Dr. Yusran Sulaiman menekankan mikroplastik boleh berasal daripada produk pengguna seperti kosmetik dan bahan pencuci harian.
"Penggunaan plastik secara tidak terkawal harus dihentikan untuk mengurangkan pencemaran plastik yang telah menjadi masalah global yang amat kritikal," katanya.
Pensyarah dari Fakulti Sains,Dr. Mohd Farid Ismail turut menegaskan ancaman mikroplastik terhadap hidupan marin dan potensi masuk ke rantai makanan manusia dengan kesan jangka panjang yang belum difahami sepenuhnya.
“Penyelesaian terhadap masalah mikroplastik harus melibatkan pendekatan yang holistik supaya alam sekitar dilindungi dan kesihatan manusia terjaga,” katanya.
Program yang berlangsung semalam dan disertai 600 pelajar,turut memberi fokus kepada amalan mesra alam,menanam rasa kecintaan terhadap alam sekitar dan menggalakkan minat pelajar dalam bidang Sains,Matematik,Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).
Kempen Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna dan Polisterin UPM juga diketengahkan untuk mengurangkan jejak karbon.
Program terbabit menyeru pendekatan holistik bagi melindungi alam sekitar dan kesihatan manusia.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur