2024-11-19 HaiPress

Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,19 November- Penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial diwajibkan memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] susulan pewartaan keperluan pelesenan pada 1 Ogos 2024.
Peraturan tersebut akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata keperluan itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab terhadap keselamatan ekosistem dalam talian pengguna mereka.
Langkah berkenaan juga bertujuan menangani jenayah dalam talian seperti penipuan,jenayah seksual dan buli siber.
"Di bawah Akta 588,terdapat langkah-langkah perlindungan yang kukuh untuk mengimbangi kawal selia dengan hak kebebasan bersuara serta kebebasan maklumat.
"Penguatkuasaan ini tidak akan menjejaskan pengguna kerana lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) hanya diwajibkan kepada penyedia perkhidmatan,manakala pengguna dapat terus menikmati pengalaman digital yang lebih selamat," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan laporan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK),penipuan dalam talian di platform Facebook menyebabkan kerugian sebanyak RM432 juta kepada rakyat Malaysia.
Sementara itu,sejumlah 525 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan media sosial telah dilaporkan sepanjang tahun 2023.
"Setakat 1 November 2024,sebanyak 815 permohonan telah dibuat berkenaan kandungan 'child abuse material' di media sosial. Manakala bagi kes buli siber,MCMC melaporkan purata 27 kes sehari tahun ini,dengan jumlah keseluruhan 8,339 kes," jelas Fahmi.
Beliau menekankan bahawa keperluan pelesenan terbabit adalah langkah proaktif untuk memastikan keselamatan pengguna dalam talian tanpa menyekat inovasi dan pembangunan sektor teknologi.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur