2024-11-19 HaiPress

Pendaftar Pertubuhan Peladang memantau urusan harian,menambah baik tadbir urus NAFAS /FOTO FACEBOOK Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR,19 November - Operasi dan obligasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada mana-mana pihak ketiga tidak terjejas susulan penggantungannya bermula 1 November lepas.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan,pentadbir yang dilantik Pendaftar Pertubuhan Peladang melaksanakan operasi semasa pertubuhan itu.
Ini termasuk urusan perniagaan melibatkan pembekalan baja padi kepada pesawah yang masih berjalan seperti biasa.
“Sepanjang tempoh penggantungan ini,Pendaftar Pertubuhan Peladang akan memantau urusan harian di samping menambah baik tadbir urus dan tatakelola NAFAS bagi memperkasakan semula NAFAS secara holistik.
“Ini untuk memastikan NAFAS beroperasi mengikut hala tuju dan semangat penubuhan NAFAS selaras dengan perundangan yang sedang berkuat kuasa,” kata Mohamad.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bayan Baru,Sim Tze Tzin mengenai isu dan hala tuju NAFAS di Dewan Rakyat.
Sementara itu,reformasi menyeluruh dilaksanakan terhadap pertubuhan itu.
Beberapa strategi pembaharuan dan hala tuju kementerian dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) digariskan dalam menstruktur semula NAFAS.
Langkah itu bertujuan memastikan NAFAS dapat dipulihkan dan berfungsi mengikut objektif asalnya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur