2024-11-19 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,19 November- Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan,kata penganalisis.
Pada 8.00 pagi,mata wang tempatan mengukuh kepada 4.4650/4825 daripada dolar AS berbanding 4.4765/4820 semasa ditutup pada Isnin.
DXY susut 0.4 peratus dalam tempoh semalaman kepada 106.275 manakala hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun menyusut kepada 4.41 peratus daripada 4.44 peratus.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pembetulan DXY disumbangkan oleh faktor teknikal,yang menyebabkan ia telah mencapai situasi terlebih beli.
"Sehubungan itu,ringgit boleh meningkat sedikit hari ini,berkemungkinan menghampiri paras sokongan segera pada RM4.45," katanya kepada Bernama.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6607/6829 daripada 5.6525/6594 dan rendah berbanding euro kepada 4.7302/7488 daripada 4.7294/7352.
Bagaimanapun,ringgit menokok berbanding yen Jepun kepada 2.8885/9002 daripada 2.8914/8953.
Mata wang tempatan menunjukkan pergerakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.
Ia mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.64 daripada 7.63/7.64 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 281.5/282.8 daripada 282.2/282.7.
Bagaimanapun,ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3353/3486 daripada 3.3307/3351 dan menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.8975/9631 daripada 12.8591/8808 -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur