2024-11-19 HaiPress
BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,19 November- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM31.89 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.77 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik bernilai RM2 bilion selama tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 30 hari dan RM1.7 bilion untuk 92 hari.
Selain itu,BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.1 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM17.8 bilion. -BERNAMA
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur