2024-11-20 HaiPress

WONG KAH WOH
KUALA LUMPUR,20 November- Satu pasukan khas telah ditubuhkan,di bawah Kementerian Pendidikan (KPM),bagi mengenalpasti isu-isu melibatkan pelajar prasekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh berkata langkah itu bagi memastikan kanak-kanak mendapat akses kepada sukatan pelajaran dan kokurikulum disediakan oleh KPM sebelum memasuki tahun 1 sekolah rendah.
"Kami mahu supaya anak-anak lebih cenderung dan lebih sesuai apabila mereka memasuki tahun 1 sekolah rendah kelak. Maka bagi Kementerian Pendidikan,kita berharap semua tabika dan prasekolah mengambilinsiatif.
"Untuk mereka yang tidak berdaftar dengan KPM haruslah berdaftar dengan kita supaya dapat menggunakan silibus atau kurikulum yang disediakan oleh KPM yang mana ia boleh membantu anak-anak kita memasuki tahun 1 kelak."
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Temerloh,Salamiah Mohd Nor mengenai sistem pentaksiran baharu KPM dalam memastikan kemampuan anak-anak sebelum memasuki tahun 1 dalam persidangan Dewan Rakyat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur