2024-11-20 HaiPress

FOTO APM Negeri Terengganu
KUALA TERENGGANU,20 November- Banjir gelombang pertama di Terengganu merekodkan 2,773 penduduk daripada 604 keluarga ditemptkan di 14 pusat pemindahan sementara,PPS setakat pukul 10 pagi tadi.
Jumlah itu terus meningkat berbanding 212 orang,malam semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JBPN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan,banjir hari kedua melibatkan lima daerah iaitu Kemaman,Marang,Setiu,Dungun dan Hulu Terengganu.
Daerah kemaman paling terjejas dengan lima PPS dibuka menempatkan 2,584 penduduk daripada 554 keluarga.
Daerah Hulu Terengganu merekodkan 102 penduduk daripada 26 keluarag di enam PPS.
Manakala masing masing satu PPS di tiga daerah iaitu Setiu menempatkan 69 penduduk daripada 19 keluarga,Marang 13 penduduk daripada empat keluarga dan Dungun lima penduduk daripada satu keluarga.
Ketika ini hujan masih lagi berlaku di beberapa tempat dan dijangka lebih ramai penduduk terjejas banjir akan dipindahkan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur