2024-11-20 HaiPress

DATUK SERI SHAMSUL ANUAR NASARAH
KUALA LUMPUR,20 November- Kad pengenalan atau MyKad generasi baharu yang bakal diperkenalkan Kerajaan akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih dan terkini.
Selain,telah menjalani ujian ketahanan di makmal bertauliah,kad pengenalan generasi baharu itu turut memiliki cip keselamatan yang mempunyai kapasiti storan lebih besar dengan piawai keselamatan dan penyulitan data yang dipertingkatkan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata,ia antara lain bertujuan membendung isu pemalsuan kad pengenalan dan kebocoran data.
"Reka bentuk kad pengenalan baru ini juga tampil lebih moden dengan elemen seperti tulisan laser dan hologram yang lebih maju selaras dengan perkembangan teknologi terkini dan teknologi seluruh dunia."
"Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga sedang melaksanakan kajian pasaran bagi memastikan ia memenuhi prinsip nilai faedah terbaik," katanya menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tenggara,Manndzri Nasib dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur