2024-11-20 HaiPress

FOTO JBPM Sibu
SIBU,20 November- Sebuah kilang besi di Jalan Maling di Sibu mengalami kerosakan teruk apabila 80 peratus struktur bangunan musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu,Andy Alie berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pukul 7.20 malam.
Susulan itu,dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dan Sungai dikejarkan ke lokasi.
Setibanya di lokasi kejadian,pasukan bomba mendapati kebakaran merebak dengan pantas menyebabkan hampir keseluruhan bangunan tersebut terbakar.
Anggota bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk mengawal dan memadamkan kebakaran.
Operasi tamat kira-kira pukul 10 malam. Punca kebakaran dan kerugian sedang disiasat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur