2024-11-20 HaiPress

FOTO JBPM Perak
TELUK INTAN,20 November- Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas selepas terjatuh dari Jambatan Batu 5,Teluk Intan semalam ditemukan hari ini.
Mangsa dikenali Ng Weng Lum,48 tahun ditemui di Jeti Tapak Semenang sekitar pukul 9.30 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,Sabarodzi Nor Ahmad berkata,pencarian dilakukan 12 kilometer dari tempat mangsa dipercayai lemas.
Mayat mangsa ditemukan oleh nelayan pada jarak kira-kira 4.5 kilometer dari lokasi mangsa dikatakan jatuh.
Operasi pencarian melibatkan seramai 36 anggota dan pegawai pelbagai agensi.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan selanjutnya.
Semalam,pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 7.15 malam.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur