2024-11-20 HaiPress

Pengerusi FCoEE,Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin
KANGAR,20 November- Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sehingga kini menjadikan lapan buah sekolah menengah dan 10 buah sekolah rendah sebagai perintis penubuhan Kelab AIRobotic Education (AiRED) sejak Mei lalu.
Usaha tersebut bagi menyokong pembelajaran kecerdasan buatan (AI) oleh Kementerian Pendidikan yang akan dilaksanakan seawal peringkat sekolah rendah menjelang jendela persekolahan 2027.
MenurutPengerusi FCoEE,Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin,selepas enam bulan dilaksanakan,sehingga kini lebih 1,000 pelajar berjaya mendapat bimbingan asas berkaitan teknologi kecerdasan buatan atauAIdan robotik.
Bagi memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang AI dan robotik,seramai 47 guru dilatih sebagai tenaga pengajar oleh 14 orang pensyarah UniMAP bagi melaksanakan modul pembelajaran berkaitanAIdan robotik.
Empat komponen utama modul AiRED iaitu Pengenalan kepada AI dan robotik,Pengaturcaraan Python,Interaksi AI dan Pembangunan Aplikasi yang dimuatkan dalam satu modul utama menjadi nadi pembelajaran dan pengajaran berkaitan AI dan Robotik
"Selepas ini kita akan kembangkan lagi kerana FCOEE bawah DYTM Raja Muda Perlis ini berhasrat supaya anak-anak sekolah rendah dan menengah ini mahir dalam bidang teknologi dan agama termasuk yang berada pada asnaf dan sebagainya.
"Jadi saya percaya bahawa ini akan dikembangkan lagi dalam tiga hingga empat tahun ini melalui FCOEE ini dan ini akan memberi impak yang besarlah," katanya.
Beliau memaklumkannya pada Majlis Pelancaran Junior AiREd dan Perasmian Penutup Program Transformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs) SPM di Kangar.
Inisiatif yang dilaksanakan FCoEE ini bakal melonjak prestasi pelajar dimana dalam jangka masa dua tahun ini disasarkan seramai 5,000 pelajar akan dapat memahami dan menguasai teknologi Kecerdasan Buatan dan robotik.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur