2024-11-20 HaiPress

Allahyarham Tun Daim Zainuddin
KUALA LUMPUR,20 November- Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin daripada pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.
Harta itu termasuk beberapa kenderaan mewah,syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur,Selangor,Pahang,Negeri Sembilan,Perak dan Kedah.
Hakim Azura Alwi membuat perintah itu mengikut Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah.
"Mahkamah dengan ini memerintahkan Allahyarham Tun Daim dilepaskan dan dibebaskan.
"Mahkamah juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,semoga arwah ditempatkan bersama para solihin,” kata Azura.
Terdahulu,Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak lagi meneruskan prosiding terhadap Daim susulan kematiannya.
"Pihak pendakwaan dengan ini mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah tidak berniat untuk meneruskan prosiding ke atas beliau dan kami serahkan kepada budi bicara mahkamah.
"Kami tidak akan meneruskan prosiding ke atas Tun Daim kerana tertuduh telah meninggal dunia,namun kami ada menerima surat daripada Tetuan Raj & Sach,iaitu mereka membantah untuk memberhentikan prosiding ini," kata Wan Shaharuddin.
Wan Shaharuddin berkata kuasa untuk meneruskan kes terletak pada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Apabila ada pertuduhan,maka perlu ada pihak yang dituduh," katanya.
Daim meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta,di sini pada 13 November lepas. -BERNAMA
BERITA BERKAITAN
Kerajaan ucap takziah atas pemergian Tun Daim
Kerajaan iktiraf jasa Tun Daim - PM Anwar
Allahyarham Tun Daim selamat dikebumikan
Fadillah hargai jasa Tun Daim,ucap takziah
Tun Daim meninggal: Tun Mahathir hilang sahabat seperjuangan,sedih tidak terhingga
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur