2024-11-20 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 November- 724 daripada 1,076 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah yang menelan belanja RM8.514 bilion ringgit,telah disiapkan di seluruh negara.
Baki,180 projek masih dalam fasa pembinaan dan 172 projek dalam fasa prabina.
Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh berkata projek pembinaan semula bangunan daif dijadikan salah satu inisiatif di bawah Bitara MADANI yang dipacu di bawah Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR).
"Antara tindakan lain untuk memperkasa dan memantapkan pelaksanaan projek daif seperti Transformasi Prosedur Pelaksanaan Projek. Sebagai contoh,penubuhan Jawatankuasa Pemandu dan Teknikal Pembangunan Semula Bangunan Daif di Sekolah bagi memantau pelaksanaan dan status projek.
"Selain itu,untuk memendekkan tempoh proses daripada 147 hari kepada 47 hari,penurunan kuasa NOC Agihan Siling tahunan kepada KSU,urusan tanah yang dipermudahkan dan juga penambahbaikan Urusan Rundingan 20A,Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. "
Menurut beliau,KPM juga telah mendapat kelulusan dan pengecualian khas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bagi melaksanakan tawaran tender terbuka prakelayakan serta kerjasama daripada agensi pelaksana projek terbabit.
Kementerian Pendidikan turutmengambil langkah proaktif dengan melaksanakan kerja ubah suai naik taraf (USNT) bagi bangunan berskala enam untuk mengelakkan bangunan dirobohkan apabila dikategorikan sebagai bangunan daif skala 7.
"Pada masa sama,program penyenggaraan dan pembaikan sekolah akan diteruskan secara berkala dan berpanjangan,ini menunjukan pihak KPM sentiasa komited dalam menyediakan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang selamat dan kondusif," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat.
Beliau menjawab pertanyaan ahli parlimen Jeli Zahari Kechik yang ingin tahu perancangan Kementerian untuk menangani isu sekolah daif dan pemantauan pelaksanaannya mengikut rancangan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur