2024-11-20 HaiPress

Diskaun 60 peratus saman trafik PDRM sempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
KUALA LUMPUR,20 November- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 60 peratus ke atas saman trafik terpilih sempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 bermula Jumaat ini.
Tawaran diskaun itu berlangsung pada 22 hingga 24 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan kaunter pembayaran dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari sepanjang program tersebut.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan diskaun terbabit tidak melibatkan kesalahan berat seperti saman lampu isyarat merah,penggunaan lorong kecemasan,memotong secara berbahaya dan memotong garisan kembar.
Selain itu,saman melibatkan kemalangan,non compound (NC),saman bicara mahkamah,saman lori,saman pengubahsuaian ekzos dan saman Ops Selamat juga tidak termasuk dalam penawaran tersebut.
Dengan tema "MADANI di Hati,Rakyat Disantuni",pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung termasuklah reruai (booth) pameran,perkhidmatan terus kerajaan,sesi interaktif dengan agensi Kerajaan,pameran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),karnival kerjaya,jualan MADANI dan banyak lagi.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur