2024-11-20 HaiPress

Malaysia menekankan tindakan melancarkan aliran perdagangan dan mengurangkan birokrasi untuk menarik FDI /FOTO Hiasan
KUALA LUMPUR,20 November - Rekod pencapaian Malaysia dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI) menunjukkan negara ini semakin terkemuka sebagai peserta ekonomi utama dalam rantau ASEAN.
Menurut artikel bertajuk “Looking To Trade In Southeast Asia? Malaysia’s Prime Minister Anwar Ibrahim Explains How” yang diterbitkan oleh Forbes pada Rabu,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan penting,menawarkan akses dipermudah untuk sepuluh pasaran di Asia Tenggara.
Anwar yang juga Menteri Kewangan ditemu bual baru-baru ini bagi menjelaskan cara sumber negara dan hubungan serantau boleh memberi manfaat kepada kalangan syarikat yang ingin mewujudkan kehadiran di rantau ini.
Semasa temu bual itu,Perdana Menteri berkata peranan utama Malaysia dalam blok itu menekankan tindakan untuk melancarkan aliran perdagangan dan mengurangkan kekangan birokrasi untuk menarik pelaburan asing.
Beliau juga menjelaskan kedudukan geografi Malaysia yang strategik membolehkan peluang perdagangan yang lebih luas dengan rakan kongsi bukan ASEAN termasuk Australia dan India.
Selain itu,Anwar berkata penekanan terhadap pemudahan perdagangan dan perkongsian ekonomi juga memperkukuh kerelevanan serantau Malaysia.
Menurut artikel itu,dengan menyepadukan Malaysia ke dalam strategi serantau yang lebih besar,kalangan syarikat boleh memanfaatkan potensi negara ini sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara di samping menghadapi kekompleksan ekonomi global yang semakin saling berkait.
Bagaimanapun,perniagaan perlu mengutamakan penilaian analitikal terhadap dasar dan keadaan pasaran Malaysia dan bukan semata-mata bergantung kepada dasar kerajaan,jelas artikel itu.
Dalam landskap serantau yang dinamik,artikel itu menambah Malaysia merupakan contoh daya tarikan ekonomi ASEAN,menarik FDI yang diluluskan bernilai US$74 bilion pada 2023 -- yang tertinggi dalam sejarahnya.
Pada pertengahan 2024,Malaysia telah memperoleh tambahan US$36 bilion,mengukuhkan lagi peranan pentingnya dalam ASEAN dan menyerlahkan daya tarikan rantau ini kepada pelabur global,menurut artikel itu. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur