2024-11-21 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Sri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,21 November - Malaysia terus menyatakan komitmen bagi memerangi isu kebuluran dan kemiskinan,selaras dengan inisiatif 'Global Alliance Against Hunger and Poverty' yang dipelopori kepimpinan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) Brazil.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,ketika ini beliau telah meminta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta badan-badan kerajaan untuk merangka program dan boleh dimanfaat menerusi inisiatif tersebut
"Memang kita diminta untuk mengemukan kerangka kerja kita dan pelaksanaan program di Malaysia untuk dikaji dan diteliti dilaksanakan bersama-sama.
"Seperti yang kita tahu jika Presiden Brazil,Luiz Inacio Lula da Silva,beliau banyak buat tentang program pembasmiaan kemiskinan kerana beliau rasa bertanggungjawab dalam masa singkat untuk membasmi kemiskinan tegar walau jumlah terlalu besar," kata Anwar.
Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukan Ahli Parlimen Sungai Petani,Dr. Mohammed Taufiq Johari di Parlimen,di Dewan Rakyat.
Berkaitan isu rasuah,Perdana Menteri turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkerjasama erat dengan Badan Pencegahan Rasuah Brazil agar kerjasama antarabangsa itu dapat ditingkatkan pada masa hadapan.
Dalam dewan sama,Anwar sekali lagi memberi penjelasan tegas mengenai wawancara beliau bersama-sama media antarabangsa CNN; berkaitan isu konflik Israel-Palestin yang telah disunting pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya,isu tersebut tidak harus dipanjangkan mahupun dipolitikkan kerana ia akan merosakkan kepentingan negara dalam memperjuangkan isu tersebut
Sebagai Perdana Menteri beliau jelas mengenai risiko lantang bersuara mengenai isu tersebut,namun Malaysia kekal pendiriaan membela penderitaan rakyat Palestin.
"Saya dalam konteks saya serang Isreal habis-habisan,di Riyard di Lima suara Malaysia paling keras. Saya tidak faham mengapa perkara ini dipolitikkan. Kalau nak ambil cebis cebisan itu keluar daripada konteks kurang tepatlah.
"Jadi kalau tidak setuju satu atau dua perkataan saya tidak mahu bergaduh soal itu. Tidak benar untuk dikaitkan untuk menghina kita dalam keadaan kita berperang dalam isu ini," kata Anwar lagi.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur