2024-11-21 HaiPress

FOTO KLIA
SEPANG,21 November- Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam,To Lam tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari yang juga kunjungan sulung beliau ke Malaysia sejak dipilih sebagai Ketua Parti Komunis Vietnam pada Ogos lalu.
Pesawat membawa rombongan To Lam dan isteri Ngo Thi Phuong Ly beserta deligasi mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 11.15 pagi.
Antara yang menyambut ketibaan beliau ialah,Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi,Chang Lih Kang.
Sejurus tiba,beliau disambut dengan kawalan kehormatan setempat yang dibarisi oleh dua pegawai dan 26 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Khairul Azmi Jamingon.
To Lam dijadual bertemu dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri,Kompleks Perdana Putra dalam majlis sambutan rasmi diikuti dengan mesyuarat dua hala.
Perbincangan akan tertumpu kepada kemajuan hubungan dua hala serta kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan,pertanian dan komoditi,industri halal,tenaga,teknologi digital serta komunikasi maklumat.
Kali terakhir Malaysia menerima lawatan daripada Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam adalah pada Mac 1994,setahun sebelum penyertaan rasmi Vietnam ke dalam ASEAN.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur