2024-11-21 HaiPress

FOTO BERNAMA
PUTRAJAYA,21 November- Majlis sambutan rasmi diadakan di Perdana Putra,Putrajaya bagi mengalu-alukan ketibaan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam,To Lam bersama delegasi.
Ia bersempena program Lawatan Rasmi Ketua Parti Vietnam itu selama tiga hari,bermula hari ini sehingga 23 November.
Beliau yang tiba pada pukul 11 pagi,disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sejurus selepas itu lagu kebangsaan kedua-dua negara dikumandangkan.
To Lam seterusnya diiring bagi memeriksa kawalan kehormatan utama; terdiri daripada pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja,diketuai Mejar Mohamad Fikri Senan.
Majlis sambutan rasmi berkenaan akan diikuti dengan mesyuarat dua hala bagi membincangkan kepentingan bersama kedua-dua negara.
Turut hadir pada upacara sambutan rasmi itu,kedua-dua Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof,menteri kabinet,diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur