2024-11-21 HaiPress

Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi / Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI,21 November-Kerajaan Johor mengunjurkan Belanjawan Johor 2025 sebanyak RM1.999 bilion,iaitu belanjawan lebihan berjumlah RM5.12 juta peningkatan 11 peratus berbanding unjuran tahun 2024.
Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan belanjawan tersebut meningkat berbanding RM1.799 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan Johor 2024.
Beliau turut memaklumkan unjuran berkenaan juga bakal menyaksikan sejarah baharu bagi kerajaan negeri,merekodkan unjuran hasil melebihi RM2 billion.
"Unjuran perbelanjaan pada 2025 pula adalah RM1.999 bilion. Angka-angka ini menunjukkan bahawa Belanjawan Johor 2025 merupakan belanjawan surplus dengan sebanyak RM 5.12 juta.
“Sejumlah RM1.271 bilion diperuntukkan bagi tujuan Belanja Mengurus manakala sejumlah RM728 juta pula diperuntukkan bagi tujuan Belanja Pembangunan,” katanya semasa membentangkan belanjawan tersebut.
Belanjawan Johor 2025 berpegang kepada enam teras Agenda Maju Johor membabitkan pembangunan ekonomi,pendidikan,kesihatan,perumahan mampu milik,infrastruktur,dan usaha memperkukuh keagamaan serta masa depan belia yang berdaya saing dengan 244 inisiatif.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur