2024-11-21 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 November- Lawatan rasmi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama serantau.
Pakar Ekonomi Universiti Malaya,Profesor Ulung Datuk Rajah Rasiah berkata ia sekali gus dapat memperluas pengaruh Malaysia dalam arena antarabangsa.
"Yang saya lihat itu,selain daripada mempamerkan peranan perdana menteri dalam menyokong pendirian negara-negara berkecuali begitu juga dengan pendirian ASEAN iaitu terhadap Zone Of Peace Freedom And Neutrality (ZOPFAN).
Ia mula-mula dicetuskan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia iaitu Tun Abdul Razak," kata Datuk Rajah Rasiah kepada pemberita RTM secara eksklusif,hari ini.
Konsep itu menggalakkan negara-negara berkecuali memainkan peranan dalam memastikan dunia menuju ke arah keamanan dan kestabilan.
Mengulas lanjut tentang kelantangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan isu Palestin,Penganalisis Ekonomi,Profesor Dr. Ida Md Yasin berkata tindakan itu dilihat sebagai langkah berani.
Ini berikutan tindakan tersebut jarang dilakukan oleh pemimpin lain,yang kini dilihat semakin perlahan dalam menyuarakan sokongan terhadap Palestin.
"PM masih terus membawa isu ini ke peringkat antarabangsa. Pada pandangan saya,kita kena lakukan itu sebab kita tidak bersekongkol bila bercakap tentang soal kekejaman pada masyarakat. Perkara ini tidak ramai yang nyatakan.
Satu tindakan yang wajar. Banyak episod menyaksikan Israel tidak mengendahkan segala arahan dan meneruskan keganasan. Jadi,kemungkinan ini satu tindakan yang boleh dipertimbangkan oleh anggota PBB," Dr. Ida kepada pemberita RTM secara eksklusif,hari ini.
Jelasnya,kekejaman Israel perlu dihentikan segera bagi menoktahkan genosid terhadap rakyat Palestin.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur