2024-11-21 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,21 November - Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berhati-hati terhadap trajektori pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS dalam masa terdekat,kata penganalisis.
Pada 8 pagi,unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal tidak menentu dengan trajektori pengurangan kadar faedah AS ketika dasar penggal kedua Donald Trump terus mempengaruhi sentimen pasaran.
"Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi sekitar 106 mata berikutan ketiadaan pemangkin atau data ekonomi AS yang penting semalam,” katanya kepada Bernama.
Di peringkat tempatan,ringgit meningkat sedikit semalam berbanding dolar AS namun mencatat pengukuhan agak ketara berbanding mata wang Asia.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ini termasuk mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6568/6694 daripada 5.6620/6690 pada akhir urus niaga semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.7136/7242 daripada 4.7178/7236 semalam.
Ringgit bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8785/8853 daripada 2.8696/8733 sebelum ini.
Selain itu,ringgit turut diniagakan lebih rendah berbanding mata wang serantau.
Berbanding rupiah Indonesia,ringgit susut nilai kepada 281.6/282.4 daripada 281.5/282.0,rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3291/3368 daripada 3.3290/3333 dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.8997/9375 daripada 12.8679/8889,sebelum ini.
Ringgit bagaimanapun hampir tidak berubah berbanding peso Filipina di paras 7.58/7.60 daripada 7.58/7.59 pada akhir urus niaga semalam. - BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur