2024-11-21 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,20 November- Ringgit terus disokong dengan baik dan mengekalkan momentum menaik,meningkat 0.12 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebelum ditutup pada Rabu.
Pada pukul 6 petang,mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS,daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi itu didorong oleh permintaan berterusan.
“Keadaan terlebih jual yang dialami ringgit dari sudut pandang teknikal mungkin memberi dorongan kepada pelabur untuk beli.
“Susulan ketiadaan data utama di AS minggu ini,sentimen pasaran akan kekal terkawal,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Mata wang tempatan turun berbanding pound British kepada 5.6620/6690 daripada 5.6449/6506 ketika ditutup semalam,dan susut berbanding euro kepada 4.7178/7236 daripada 4.7150/7198.
Bagaimanapun,ringgit tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8696/8733 daripada 2.9078/9109 sebelum ini.
Bagaimanapun,unit domestik diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.59 daripada 7.60/7.61 ketika ditutup pada Selasa,dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 281.5/282.0 daripada 282.1/282.5.
Ringgit juga tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3290/3333 daripada 3.3345/3381 semalam dan lebih kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8679/8889 daripada 12.9201/9384.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur