2024-11-22 HaiPress

JBPM TERENGGANU
KEMAMAN,21 November- Seorang wanita maut manakala dua anaknya cedera dalam kemalangan di Kilometer 341.2 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2),berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka,Dungun pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.23 pagi mengakibatkan Wan Asliza Wan Abdullah Sani,44 tahun maut di lokasi kejadian.
Bagaimanapun,dua anaknya Wan Nur Nisa Qistina Wan Zulfan,20 tahun dan Muhammad Ayyash Mikael Nordin,setahun terselamat.
Ketika kejadian,tiga beranak terbabit sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan,Pahang menuju ke Kota Bahru,Kelantan untuk menziarahi seorang waris yang sakit.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Wan Asliza dari Kuantan menghala Kuala Terengganu dipercayai terbabas sebelum melanggar kotak pembetung konkrit di sebelah kiri lebuh raya.
Ketua Polis Daerah Dungun,Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi berkata,akibat daripada kemalangan itu,mangsa dipercayai tercampak keluar ke dalam pembentung konkrit dan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.
"Mangsa berjaya dibawa keluar oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Manakala,dua anaknya dibawa ke hospital sama untuk rawatan.
Kes disiasat bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur