2024-11-22 HaiPress

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berucap pada Majlis Serahan Lesen Lesen Pengelola Jemaah Haji Musim 1446H di Putrajaya
PUTRAJAYA,21 November- Sebanyak 37 buah syarikat termasuk TH Travel & Services Sdn. Bhd,lulus dan layak dilesenkan untuk beroperasi pada Musim Haji 1446H.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata,kesemua 25 buah syarikat yang beroperasi tahun lalu sekali lagi berjaya mendapatkan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim haji akan datang.
Manakala,12 syarikat lain merupakan ahli baharu.
"Berdasarkan proses pemilihan,penilaian dan semakan yang dilakukan,saya yakin syarikat-syarikat PJH yang terpilih memiliki kapasiti yang teguh,kepakaran dan pengalaman yang mencukupi serta komited memberikan perkhidmatan terbaik dan menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia",katanya.
Beliau berucap demikian pada Majlis Serahan Lesen Lesen Pengelola Jemaah Haji Musim 1446H di Putrajaya.
Tambahnya,penambahan bilangan PJH berbanding musim lalu telah menunjukkan komitmen lembaga Tabung Haji dalam memberi peluang kepada syarikat pelancongan tempatan yang telah memenuhi syarat dan kriteria bagi mengelola jemaah haji negara.
Beliau turut menjelaskan setiap PJH yang dilesenkan perlu melepasi penilaian kewangan yang ketat iaitu Penilaian Pengurusan Jemaah Umrah di Tanah Suci dan Penilaian Lawatan Syarikat.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur