2024-11-22 HaiPress

Foto Facebook Datuk Rubiah Wang
SERDANG,21 November- Anugerah Desa Madani (ADM) anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi memperkukuh potensi dan keupayaan komuniti luar bandar dalam pelbagai aspek.
Ini termasuk kepimpinan,pendidikan,kemahiran,serta kesejahteraan ekonomi dan sosial.
Menurut Timbalan Menterinya,Datuk Rubiah Wang,ia merupakan satu bentuk usaha dalam mengiktiraf kecemerlangan komuniti desa dalam pembangunan masyarakat.
"Pertandingan ini merupakan satu usaha KKDW dalam usaha kita memangkinkan lagi,mengukuhkan lagi strategi pembangunan luar bandar berteraskan pembangunan komuniti. Kita menekankan peranan JPKK,JPKKP Orang Asli dan juga JKK. Kita hendak menguatkuasakan ataupun memperkukuhkan peranan pentadbiran dan tatakelola di peringkat akar umbi",katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Madani 2024,di Serdang,Selangor.
Sebanyak 115 kampung telah menyertai ADM pada tahun ini,dengan 101 buah kampung adalah bawah kategori Kampung Tradisional dan Rumah Panjang manakala,14 buah kampung adalah bawah kategori Kampung Orang Asli.
Sebanyak 42 buah kampung telah terpilih sebagai pemenang. Johan pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000,Naib Johan menerima RM20,000 dan tempat ketiga menerima RM10,000.
Wang yang dimenangi digunakan bagi pembangunan sosio-ekonomi kampung seperti aktiviti ekonomi,keusahawanan,keceriaan,menaiktaraf kemudahan infrastruktur sedia ada dan inovasi serta kreativiti komuniti desa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur