2024-11-22 HaiPress

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil/ BERNAMA
PUTRAJAYA,21 November-Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 disifatkan sebagai pasukan terbaik dalam menjayakan kedua-dua sambutan hari bersejarah itu dengan baik dan lancar.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata acara tersebut telah diurus dengan baik dengan menampilkan pelbagai kelainan bagi menarik kehadiran pengunjung.
"Saya merasakan bahawa pasukan yang ada itu cukup-cukup baik,pasukan yang ada itu adalah anda semua... jadi saya ucapkan terima kasih kepada semua.
"Tanpa anda,tidak berjaya,tanpa anda tidak ada sambutan. Jadi,terima kasih kepada semua. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia,saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada setiap individu yang telah berusaha keras demi kelancaran dan kejayaan sambutan kali ini",katanya.
Beliau berucap pada Majlis Perasmian Penutupan HKHM 2024 Putrajaya.
Jelas beliau,tugasan ini merupakan tanggungjawab paling berat dipikulnya. Katanya,walaupun ianya berjalan dengan lancar setiap aspek perlu dinilai dan diperbaiki untuk memastikan keunikan yang akan ditonjolkan tahun hadapan.
Lebih 800 tetamu yang terlibat dengan HKHM 2024 diraikan dalam majlis itu dengan penganugerahan plak dan sijil penghargaan kepada anggota jawatankuasa sambutan berkenaan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur