2024-11-22 HaiPress

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM),Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan (tengah) di Majlis Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Tahun 2023/2024 baru-baru ini bersama-sama Pengarah Pusat Jaminan Kualiti UPM,Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib (kiri) disaksikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan,Pusat Jaminan Kualiti UPM,Haslida Hassan (kanan) dan Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik,UPM Profesor Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria
SERDANG,22 November – Universiti Putra Malaysia (UPM) kini menawarkan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pindahan kredit kursus melalui mod Accreditation of Prior Experiential Learning for Credit Award (APEL C) setelah menerima akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Kemudahan itu membolehkan pelajar diploma,ijazah sarjana muda,dan sarjana memanfaatkan pengalaman kerja mereka bagi mengurangkan kos dan masa pengajian.
Menurut Pengarah Pusat Jaminan Kualiti UPM,Profesor Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib,APEL C memberikan peluang kepada pelajar untuk memohon kredit berdasarkan pengalaman kerja terdahulu.
"Proses penilaian juga berlaku dengan memberi tugasan atau portfolio bergantung kepada program pengajian berkaitan dengan pengalaman itu boleh menggantikan kredit dimana mereka tidak perlu ambil subjek atau kursus tersebut," katanya yang ditemui selepas Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM semalam.
Beliau turut menjelaskan,pelajar juga akan mendapat nasihat daripada penasihat yang mengurus dalam hal ini mengenai kelayakan berdasarkan pengalaman kerja mereka.
"Unit APEL ini terletak di bawah Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir,UPM dan pegawai-pegawai bertanggungjawab akan uruskan permohonan pelajar yang memohon melalui fakulti mereka.
"Permohonan yang dilakukan oleh mereka berdasarkan pengalaman bekerja dan harus seiring dengan program diambil serta adanya proses penilaian," katanya lagi.
UPM memperoleh akreditasi APEL C pada Ogos lalu,membuka peluang kepada semua program pengajian kecuali program penyelidikan.
Langkah tersebut diambil untuk mengiktiraf mengiktiraf pengalaman kerjaya dalam melengkapkan pengajian.
Menerusi pelaksanaan APEL C,UPM berharap dapat menarik lebih ramai pelajar yang berpengalaman kerja bagi melanjutkan pengajian,sekali gus mempercepatkan proses tamat pengajian mereka tanpa mengurangkan kualiti pendidikan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur