2024-11-22 HaiPress

Marowi Charu,41 tahun dari Yala maut di tempat kejadian dalam nahas jalan raya malam tadi
HULU TERENGGANU,22 November - Seorang tukang masak warga Thailand maut selepas van dinaikinya merempuh belakang sebuah treler di kilometer (km) 395.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 LPT2 selepas Hentian Rehat dan Rawat Ajil Hulu Terengganu.
Mangsa Marowi Charu,41 tahun dari Yala itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu,Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata nahas jalan raya yang berlaku kira-kira 9.30 malam itu melibatkan sebuah treler yang membawa muatan kayu palet dengan sebuah van yang dinaiki tiga lelaki warga Thailand.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila van dipandu lelaki warga Thailand itu secara tiba-tiba telah melanggar bahagian belakang treler tersebut yang berada di lorong kiri.
"Van tersebut kemudian berpusing dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Akibat daripada kejadian itu,penumpang bahagian hadapan van tersebut telah putus kaki kiri dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian anggota badan.
Katanya,pemandu dan penumpang bahagian belakang van itu telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.
Manakala pemandu serta penumpang tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur