2024-11-22 HaiPress

Allahyarham Jazarul Arif Jamaludin
KUALA LUMPUR,22 November - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Jurukamera Unit Visual Radio Televisyen Malaysia (RTM) Jazarul Arif Jamaludin dan seluruh warga RTM,yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.
"Saya ucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Takziah juga kepada warga RTM. Al-Fatihah," kata Fahmi.
Fahmi dalam hantaran di platform media sosial memaklumkan beliau menerima perkhabaran duka mengenai pemergian Allahyarham Jazarul daripada tenaga kerja di RTM.
Beliau berkata,sebagai ketua jurukamera,allahyarham telah mengemudi pasukan dengan cemerlang.
"Ini pastinya kehilangan besar buat keluarga RTM,khususnya di unit visual. Allahyarham dikenali oleh sahabat handai dan rakan-rakan sepejabat sebagai seorang yang cukup berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas,serta sangat disenangi," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur