2024-11-22 HaiPress

Pasangan kembar Maisara Batrisyia Zainuddin dan Maisuri Batrisyia Zainuddin menamatkan pengajian Diploma Kelas Pertama dalam jurusan Ukur Bangunan/Foto UiTM
SHAH ALAM,22 November – Dikenali sebagai anak kepada arwah kartunis terkenal Majalah Ujang,Zainuddin Salleh atau lebih mesra dengan nama pena 'Lengkuas,' pasangan kembar Maisara Batrisyia Zainuddin dan Maisuri Batrisyia Zainuddin mencuri perhatian ramai di Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-100 di sini,semalam.
Kembar seiras berusia 22 tahun itu meraikan kejayaan mereka menggenggam skrol Diploma Kelas Pertama dalam jurusan Ukur Bangunan dari UiTM Seri Iskandar,Perak.
Dilahirkan hanya selang seminit pada 3 Mei 2002,Maisara dan Maisuri kini melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sama.
Namun,perjalanan mereka tidak mudah,terutama selepas kehilangan bapa mereka pada 2017.
Kartunis Lengkuas popular dengan karya Mat Despatch majalah Ujang dan Yob Peon majalah Lanun.
“Ayah memang berbakat melukis,dan bakat itu ada juga pada kami. Kawan-kawan ayah pernah bertanya sama ada kami mahu menyambung karya ayah,tapi ketika itu kami terlalu muda untuk memikul tanggungjawab besar itu," katanya ketika mengimbau memori bakat seni arwah bapa mereka.
Kisah mereka menjadi lebih inspirasi apabila mereka mendedahkan cabaran kewangan sebagai anak kepada seorang ibu tunggal.
“Ibu terpaksa bekerja keras menguruskan kami bertiga. Ibu ada bisnes kedai komputer,dan kami bantu mana yang mampu,seperti bekerja sambilan di butik semasa cuti semester,” kata Maisara.
Maisuri menyifatkan dirinya bertuah kerana sentiasa ada sokongan daripada kembarnya.
“Kami saling bergantung antara satu sama lain. Kenangan manis sentiasa ada bila kami buat semuanya bersama-sama,dari tugasan kumpulan hingga berkongsi rumah,” katanya.
Namun,di sebalik semua cabaran,ada momen kelakar yang menjadi kenangan manis mereka,termasuk kekeliruan pensyarah,rakan-rakan,dan keluarga terhadap identiti mereka.
“Pernah pensyarah memarahi saya,sedangkan pelajar yang sepatutnya dimarahi adalah Maisara.
"Kami sudah biasa sepanjang 22 tahun ini,” kata Maisuri sambil gelak.
Maisara turut berkongsi saat dia hampir berputus asa dalam pengajian tetapi kekuatan daripada ibunya menjadi inspirasi untuk meneruskan pelajaran.
“Saya mahu habiskan belajar supaya dapat kerja yang baik,membina masa depan,dan mengubah nasib keluarga. Mama adalah sumber kekuatan utama saya,” katanya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur