2024-11-22 HaiPress

Foto RTM
KUALA TERENGGANU,22 November-Seramai 41 penduduk daripada 10 keluarga terjejas banjir di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu dalam satu kenyataan berkata Daerah Setiu Dan Marang kembali dilanda banjir.
Setiu merekodkan seorang penduduk di tempatkan di Balai Raya Kampung Bintang.
Marang pula merekodkan 11 penduduk daripada tiga keluarga di tempatkan di SK Simpan Rawai.
Manakala Daerah Kemaman masih kekal dengan 29 penduduk daripada enam keluarga di tempatkan di Balai Raya Padang Kemunting.
Ketiga-tiga daerah berkenaan masih lagi hujan berterusan.
Menerusi Public info banjir,lima aliran sungai utama berada pada paras amaran.
Ia melibatkan Sungai Felda Mengkawan,Hulu Terengganu,Sungai Nerus Kampung Langkap,Sungai Chalok Dan Sungai Nerus di Kampung Bukit masing masing di Setiu,serta Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik di Kemaman.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur