2024-11-22 HaiPress

FOTO DOSM
KUALA LUMPUR,22 November- Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024,dengan indeks naik kepada 133.4 berbanding 130.9 pada Oktober 2023.
Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menerusi kenyataan berkata kenaikan ini didorong oleh kenaikan makanan dan minuman,penjagaan diri dan perkhidmatan lain.
Restoran dan Perkhidmatan Penginapan,Rekreasi,Sukan & Kebudayaan,Kesihatan,Pengangkutan,serta Hiasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah mencatatkan peningkatan pada kadar perlahan.
Inflasi keseluruhan secara bulanan pada Oktober 2024 meningkat 0.2 peratus berbanding September 2024.
Kebanyakan negeri mencatatkan inflasi bawah paras nasional,kecuali Pulau Pinang,Pahang,Selangor,dan Sarawak yang merekodkan peningkatan lebih tinggi.
Inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding Vietnam dan Filipina,tetapi lebih tinggi berbanding Indonesia,Republik Korea,Thailand,dan China.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur