2024-11-22 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 November- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar dan sebaliknya sempena sambutan Hari Krismas dan cuti sekolah pada Disember ini.
Perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi selama 10 hari bermula 20 hingga 29 Dis dengan penjualan tiket tren tambahan berkenaan dibuka mulai 10 pagi,25 Nov.
KTMB menerusi satu kenyataan memaklumkan,tren tambahan tersebut menawarkan 630 tiket sehari,menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,300 tiket yang merangkumi koc kelas perniagaan.
"Penambahan perkhidmatan ini dilaksanakan bagi memenuhi permintaan tinggi,khususnya semasa musim perayaan dan cuti sekolah.
“Langkah ini sejajar dengan komitmen KTMB untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam memastikan perjalanan penumpang lebih selesa,lancar,dan memenuhi keperluan para pengguna,” menurut kenyataan itu.
Jadual operasi tren ETS tambahan bagi laluan Padang Besar ke KL Sentral adalah pada 11.05 pagi manakala dari KL Sentral ke Padang Besar pula pada 5 petang.
Sehubungan itu,KTMB menyarankan orang ramai mendapatkan tiket secara dalam talian dan melihat jadual tren disediakan melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau di laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my.
“Pengguna juga dinasihatkan membeli tiket lebih awal dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kehabisan tiket serta hadir di stesen lebih awal bagi memudahkan urusan dokumentasi dan pemeriksaan di pintu kawalan sekali gus memastikan perjalanan yang lebih lancar,” menurut KTMB.
Sebarang maklumat lanjut,boleh hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau layari media sosial rasmi KTMB.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur