2024-11-22 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,21 November- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional melonjak kepada RM37.09 bilion daripada RM32.34 bilion pada sesi pagi manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM16.50 bilion daripada RM19.52 bilion sebelumnya.
Awal hari ini,bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Bank pusat juga menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM37.10 bilion daripada RM36.80 bilion.
Pada 4.00 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM37.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM16.50 bilion,kedua-duanya dengan tempoh matang satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus pada 20 November. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur