2024-11-25 HaiPress

Timbalan Menteri Ekonomi,Datuk Hanifah Hajar Taib/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 November – Kerajaan terus komited memastikan kadar inflasi kesihatan Sarawak kekal sederhana termasuk di Sarawak,kata Timbalan Menteri Ekonomi,Datuk Hanifah Hajar Taib.
Menurut beliau,kadar inflasi kesihatan di Sarawak direkodkan pada 1.5 peratus bagi bulan Oktober.
Katanya,sebanyak 58 projek di Sarawak telah diluluskan di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM3.04 bilion.
"Projek-projek tersebut merangkumi pembinaan Klinik Kesihatan Betong,Klinik Kesihatan Julau di Sarikei,Klinik Kesihatan Nanga Atoi di Saratok,serta projek naik taraf dan pembangunan klinik baharu di seluruh negeri Sarawak," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Datuk Hanifah menjawab pertanyaan wakil Betong,Dr. Richard Rapu,mengenai langkah kerajaan untuk menangani kos penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar Sarawak.
Pelaksanaan projek-projek tersebut dijangka dapat mengurangkan beban kos sara hidup,terutama di kawasan luar bandar,dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dan mampu milik
Sebagai tambahan,kerajaan akan meningkatkan jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Sara Hidup kepada RM13 bilion tahun depan bagi meringankan beban rakyat,terutama dalam aspek kos sara hidup dan kesihatan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur