2024-11-25 HaiPress

Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari
KUALA LUMPUR,25 November- Kementerian Pertahanan sedang meneliti keperluan untuk menambah pos kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand.
Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari berkata,ia sebagai langkah kawalan serta memantau dan menganalisis situasi semasa melibatkan kawasan sempadan tersebut.
Manakala,menerusi Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG),pelaksanaan operasi telah dipertingkat dan ditambah baik dengan atur gerak pelbagai aset baharu di semua pos kawalan keselamatan.
"Dengan pertambahan aset di kawasan operasi kawalan di sempadan akan dapat diperkukuhkan lagi dan seterusnya mencegah pencerobohan anasir luar. Selain itu,agensi kerajaan lain yang turut terlibat dalam kawalan sempadan negara selaras dengan pendekatan keseluruhan kerajaan.
"... Pada masa sama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkerjasama dengan Royal Thai Army (RTA) melalui pelaksanaan combine force border patrol,iaitu rondaan sempadan berpandukan kerjasama antara Malaysia dan Thailand dan dilaksanakan dua kali setahun",katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa,Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary di Parlimen.
Ketika ini,seramai 11 pegawai dan 285 anggota lain-lain pangkat telah di tugaskan di 11 pos kawalan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 84.5 kilometer itu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur