2024-11-25 HaiPress

Timbalan Menteri KKM,Datuk Lukanisman Awang Sauni.
KUALA LUMPUR,25 November – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sebanyak 68,502 panggilan menerusi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 sejak ia diwujudkan,kata Timbalan Menterinya,Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Daripada jumlah itu,sebanyak 42,415 panggilan telah menerima bantuan sokongan KKM.
Beliau turut memaklumkan bahawa 140 individu yang dikenal pasti melakukan cubaan bunuh diri telah berjaya diselamatkan.
"Talian ini menyediakan perkhidmatan tele-kaunseling yang meliputi sokongan emosi,psiko pendidikan,serta intervensi awal krisis kesihatan mental seperti tingkah laku bunuh diri,kemurungan,kebimbangan (anxiety),serangan panik (panic attack),dan tekanan.
"Talian ini dikendalikan oleh Pegawai Psikologi dan kaunselor KKM," katanya.
Lukanisman menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Indera Mahkota,Datuk Seri Saifuddin Abdullah,di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya,khidmat nasihat kepada keluarga atau penjaga pesakit mental serta sokongan post-vention turut disediakan melalui talian ini.
Dalam usaha memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan mental,kementerian telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH),yang bertindak sebagai agensi peneraju bagi koordinasi pelaksanaan program dan perkhidmatan kesihatan mental di negara ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur