2024-11-25 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 November- Lebih seribu kes gangguan seksual membabitkan lelaki direkodkan menerusi program advokasi antikeganasan seksual,baru-baru ini.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri,ia mencatatkan lonjakan ketara,meskipun masih ramai tidak melaporkan kejadian berkenaan.
"Kementerian sebelum ini hanya merekodkan belasan kes sahaja,tetapi ia meningkat kepada lebih 1,000 kes selepas program advokasi berkenaan dianjurkan.
Ramai lelaki enggan melaporkan dan mereka tidak mengadu kepada polis,sebaliknya tampil membuat aduan di kaunter pusat sokongan sosial (PSS).
Jumlah ini membimbangkan sekali gus menunjukkan lelaki juga terancam. Justeru,kita mahu mereka tampil membuat laporkan," kata Datuk Seri Nancy kepada pemberita,hari ini.
Beliau menjelaskannya pada sidang media selepas perasmian Kempen Menangani Keganasan terhadap Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan di lobi Parlimen.
Kempen Menangani Keganasan terhadap Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan diadakan setiap 25 November selaras resolusi ditetapkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur