2024-11-25 HaiPress

Foto Hiasan/BERNAMA
JOHOR BAHRU,25 November- Kerajaan Johor berhasrat untuk memperluaskan kawasan tanaman lada hitam berskala sederhana di Johor.
Exco Pertanian,Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor,Datuk Zahari Sarip berkata sebanyak RM500,000 diperuntukkan kerajaan negeri kepada pengusaha lada hitam untuk tanaman tersebut.
Sebanyak 3,000 tan lada hitam direkodkan Lembaga Lada Malaysia (MPB),yang dieksport dari Semenanjung Malaysia pada setiap tahun.
"Kita nampak peluang yang luas bagi mereka yang mengusahakan lada hitam.
Maka,sebab itu kerajaan negeri nak bantu pengusaha lada hitam untuk mulakan penanaman lada hitam berskala sederhana dengan kos RM500,000," kata Datuk Zahari kepada pemberita dalamsidang media di Bangunan Sultan Ismail,Kota Iskandar,di sini hari ini.
Setakat ini,Johor mencatatkan keluasan tanaman lada hitam seluas 21.6 hektar dengan penglibatan 90 pengusaha tanaman tersebut.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur