2024-11-25 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,25 November- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan Indeks Dolar AS (DXY) selepas mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh dua tahun baru-baru ini,kata penganalisis.
Pada 8.00 pagi,mata wang tempatan berada pada 4.4650/4765 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4710 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pilihan Kabinet bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menarik perhatian ramai.
Beliau berkata pelantikan Scott Bessent,pengurus dana lindung nilai sebagai Setiausaha Perbendaharaan dilihat mengurangkan keyakinan terhadap agenda dasar 2.0 Trump.
"Beliau mungkin dilihat mahu memastikan pasaran kewangan beroperasi dengan teratur dan memberi perhatian terhadap defisit fiskal yang meningkat mungkin menjadi keutamaannya.
"Oleh itu,ringgit dijangka mencatat prestasi yang lebih baik berikutan DXY mengalami pembetulan susulan kenaikan mendadak selepas pilihan raya presiden AS pada 5 November," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia rendah berbanding pound kepada 5.6223/6368 daripada 5.5870/5932 minggu lepas,merosot berbanding euro kepada 4.6793/6914 daripada 4.6455/6507 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.8965/9044 daripada 2.8906/8942 sebelum ini.
Mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3244/3335 daripada 3.3101/3141 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9608/13.0048 daripada 12.9068/9276.
Ia hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.60 daripada 7.58/7.59 dan berbanding rupiah Indonesia kepada 281.2/282.1 daripada 281.2/281.7 sebelum ini. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur