2024-11-25 HaiPress
BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,25 November- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.66 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.63 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2 bilion untuk tujuh hari,tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1.2 bilion untuk 92 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.4 bilion dan RM18.6 bilion untuk tender semalaman Murabahah. -BERNAMA
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar
Ringgit tinggi berbanding dolar AS
Niaga hadapan emas ditutup lebih rendah
Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$118.70 bilion
OPR kekal 3 peratus, BNM pastikan dasar monetari kekal kondusif
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur