2024-11-26 HaiPress

Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani
KUALA LUMPUR,26 November- Malaysia dijangka akan mula mengeluarkan bahan api penerbangan mampan (SAF) bermula tahun 2027.
Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,ia signifikan memandangkan SAF juga dilihat mempunyai potensi besar dalam menjana ekonomi negara.
Kapasiti pengeluaran SAF akan ditingkatkan secara berperingkat berdasarkan kapasiti kilang pengeluar dan ketersediaan bahan mentah.
Beliau berkata Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia,ia berada dalam kedudukan strategik untuk menjadi salah satu pengeluar SAF utama dunia.
"Negara kita mempunyai komitmen untuk mencapai net karbon zero emissions (pelepasan karbon sifar bersih) bila tiba tahun 2050. Sudah tentu salah satu strateginya ialah bagaimana kita boleh keluarkan SAF ini dan kita bekalkan kepada semua industri penerbangan di seluruh dunia,kalau mereka ingin membeli SAF ini daripada kita.
"Jadi buat masa ini,kita belum ada kilang untuk proses SAF ini. Jadi sudah tentu banyak daripada syarikat-syarikat seperti Shell dan sebagainya akan beli kepada negara yang akan hasilkan SAF ini.
"Setakat hari ini,kilang belum ada dalam proses membina,dua pelabur telah datang dan pelaburannya dijangkakan hampir RM7 bilion hingga RM8 bilion",katanya.
Sementara itu,satu dokumen National Strategy for Sustainable Aviation Fuel sedang dibangunkan Kementerian Perladangan dan Komoditi dengan kerjasama Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) bagi menyokong tujuan berkenaan.
Beliau menjawab soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Jerantut,Ts Khiril Nizam Khirudin di Parlimen.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur