2024-11-26 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 November- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menganalisis keperluan menukar fungsi kuarters guru bagi kegunaan lain.
Ini termasuk guna sama dengan agensi kerajaan lain termasuk membuka sewaan kepada awam dan swasta.
Dalam masa sama,melupus kuarters yang tidak lagi selamat diduduki dan tiada permintaan.
"Sebagai contoh,sebanyak enam unit kuarters guru tidak berpenghuni di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring,Kuala Nerus,Terengganu telah ditukar fungsi kepada bangunan tambahan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus pada Jun 2024.
Bagi penukaran fungsi lain telah dilaksanakan membabitkan empat unit rumah guru SK Sungai Mok,Rompin,Pahang kepada pusat intelek pelajar-pelajar SK Sungai Mok yang dilaksanakan pada 12 Julai 2024," kata Wong kepada di Parlimen,hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan,wakil Merbok,Mohd Nazri Abu Hassan.
Mengulas lanjut,sebanyak RM66.5 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan kuarters KPM di seluruh negara.
Ini melibatkan kuarters berpenghuni dan sebahagian kecil penyelenggaraan kuarters tidak berpenghuni yang mendapat permintaan untuk diduduki.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur