2024-11-26 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,26 November- Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa komited membanteras kes penyeludupan dadah di pusat tahanan.
Menterinya,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,menegaskan bahawa pelbagai langkah diambil untuk memperketatkan prosedur kemasukan ke pusat tahanan.
"Kita ketatkan pemeriksaan semasa tahanan dibawa masuk seawal hari pertama.
"Yang kedua,semasa lawatan ahli keluarga,pemeriksaan dilakukan dengan teliti,dan yang ketiga ialah memastikan tiada hari tanpa pemeriksaan rapi di sel-sel atau bilik tahanan.
"Langkah lain ialah kita memasang peranti. Di Larut dahulu,pengimbas telah dipasang dan kekal digunakan hingga kini.
"Terdapat juga cadangan untuk memasang CCTV (kamera litar tertutup) dan ‘portable device drug detector’," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Krau,Kamal Ashaari mengenai langkah menangani penyeludupan dadah di pusat tahanan di Dewan Rakyat di sini.
Setakat Oktober lalu,sebanyak RM228.2 juta dadah telah dimusnahkan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur