2024-11-26 HaiPress
Shamsul Azri Abu Bakar/Foto RTM
PUTRAJAYA,26 November- Sebanyak 85 peratus penjawat awam di seluruh negara telah menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Menurut Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan terus memberikan penerangan kepada penjawat awam bagi memastikan baki 15 peratus lagi menandatangani SSPA.
Beliau menjelaskan,maklumat tidak tepat yang tular di media sosial menjadi antara punca masih terdapat penjawat awam yang belum menandatangani sistem tersebut.
"Rujuklah portal JPA dan dengarlah nasihat JPA melalui sesi libat urus mereka.
"Jangan bergantung kepada maklumat rakan di media sosial,kerana kadangkala mereka tidak memahami isu ini sepenuhnya.
"Nasihat JPA adalah sumber yang paling tepat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI: Taat Setia di sini.
Seminar tersebut dihadiri lebih 1,000 peserta,termasuk penjawat awam daripada pelbagai gred dan kementerian,ketua-ketua setiausaha kementerian,serta ketua-ketua pengarah agensi.
Turut hadir,Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Dalam ucapannya,Shamsul Azri menyeru penjawat awam untuk memartabatkan perkhidmatan awam dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Jika kita tidak berbangga dengan pekerjaan kita,bagaimana kita dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik? Oleh itu,kita perlu berbangga dengan perkhidmatan kita,dan untuk mencapai rasa bangga itu,mestilah ada sifat luhur yang memuliakan tugas serta tanggungjawab dalam perkhidmatan kita," tambahnya.
Beliau turut memaklumkan bahawa seramai 750,000 penjawat awam disasarkan menjalani Modul Latihan Malaysia MADANI menjelang 2026.
Setakat ini,lebih 250,000 penjawat awam telah menyelesaikan modul berkenaan,sama ada di bawah kelolaan Akademi Kenegaraan Malaysia atau Institut Tadbiran Awam Negara.
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur